Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Wednesday, November 10, 2010

Majlis Perasmian Penutupan Program Sinar Ramadhan 1431H

Pada hari jumaat 03 September 2010 yang lalu, Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SMK Sung Siew telah melangsungkan Majlis Perasmian & Penutupan Program Sinar Ramadhan 2010.


 Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh pengetua SMK Sung Siew iaitu Encik Lee Chin Hoi dan turut dihadiri oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum, Cik Loo Jew Ing.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh mantan Pengerusi PERPIS iaitu Mohd Zulfathmi Asan dan seterusnya  ucapan Guru Penasihat PERPIS iaitu Ust Mujahidin Mat Yasin.


Untuk makluman majlis yang berlangsung tersebut merupakan aktiviti kemuncak program Sinar Ramadhan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Antara pengisian program Sinar Ramadhan yang telah dilaksanakan ialah tazkirah, kuiz terbuka individu & berkumpulan serta alunan zikir & ayat suci al-Quran.

Secara keseluruhannya program ini telah memberi manfaat kepada para pelajar di samping dapat mengisi masa rehat pelajar muslim dengan aktiviti yang berfaedah.


Dalam ucapan perasmian, pengetua merakamkan penghargaan kepada PERPIS yang sentiasa aktif merancang dan melaksanakan program untuk manfaat pelajar khususnya pelajar Islam. Beliau berharap program yang seumpama ini dapat memberi kesan yang baik kepada para pelajar dalam membina peribadi dan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar Islam.



Kemuncak majlis perasmian dan penutupan ini ialah pemberian sijil penghargaan kepada AJK Pelaksana program Sinar Ramadhan, penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz berkumpulan dan penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar yang kurang bernasib baik. Untuk rekod,  bantuan Aildilfitri ini merupakan hasil kutipan sumbangan daripada guru-guru muslim SMK Sung Siew.


Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Jazakallahu khairal jaza'.

No comments:

Post a Comment