Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Monday, May 30, 2011

Ceramah Motivasi & Persembahan Nasyid


Pada 27 April 2011 yang lalu Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SMK Sung Siew Sandakan telah mengadakan program khas bagi mengisi ruang dan masa sebagai pengisian bermanfaat untuk para pelajar Islam.


Untuk makluman setiap tahun pihak sekolah akan menagadakan sambutan Hari Easter bagi pelajar non muslim. Justeru PERPIS SMK Sung Siew telah memanfaatkan masa tersebut dengan mengadakan program alternatif khusus untuk guru dan pelajar Islam iaitu Ceramah Motivasi dan Persembahan Nasyid.

Pelajar berdiri mengalunkan Asmaul Husna

Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.15 pagi. Antara pengisiannya adalah seperti berikut;

1-   Alunan zikir Asmaul Husna
2-   Tazkirah
3-   Ceramah Motivasi dan
4-   Persembahan Nasyid.
Tazkirah oleh Ust Mujahidin

Tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ust Mujahidin Mat Yasi selaku Guru Penasihat PERPIS manakala ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ust Bunyamin Bakri, Presiden Persatuan Siswazah Sabah.
Ust Bunyamin Bakri menyampaikan ceramah motivasi


Alunan lagu-lagu nasyid telah dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid sekolah dan jemputan khas Kumpulan nasyid Ukhuwwah Fillah dari SM As-Salam.
Persembahan nasyid oleh kumpulan Nasyid SMSS

Kumpulan Nasyid Ukhuwwah Fillah



Program seumpama ini memberi manfaat yang besar kepada para pelajar di samping mereka dapat dihidangkan hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT serta meningkat jati diri dan keperibadian sebagai seorang muslim.
Penyampaian Cenderahati kepada Ust Bunyamin Bakri 


Terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan amal bakti dalam menjayakan program ini.
Jazakallahu khairal jaza’.
 Lagi gambar berkaitan boleh diakses di laman facebook PERPIS SMK Sung Siew di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.148341745232083.33340.100001687749369

Wallahu a’lam.  

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik khususnya guru-guru SMK Sung Siew Sandakan Sabah.

Sesungguhnya insan yang bernama 'Guru' ini amat besar jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Mereka mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam pembinaan sesebuah masyarakat yang bertamadun.
Mereka adalah golongan mulia di sisi Allah dan masyarakat.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain)".
-Hadis Riwayat Razain 

SELAMAT HARI GURU.

Friday, April 22, 2011

Kem Remaja Islam - Amal Islami 2011

Alhamdulillah pada 4 - 6 Jamadil Awal 1432 bersamaan 8 - 10 April 2011 yang lalu, Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SMK sung Siew telah berjaya mengadakan Kem Remaja Islam - Amal Islami 2011. Prohram Amal Islami ini telah dijalankan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Sandakan.

Banner Kem Remaja Islam 2011
Para fasilitator dari PSS sudah tidak asing lagi memberi khidmat bakti di SMK Sung Siew kerana ini merupakan kali ketiga mereka diundang khas oleh PERPIS SMK Sung Siew umtuk membantu PERPIS menjalankan gerak kerja dakwah dan mentarbiyah para peserta ke arah menjadi seorang Muslim yang mempunyai jati di yang tinggi

Ust Mujahidin (kiri), Guru Penasihat PERPIS berbincang dgn rakan2 dari
PSS  iaitu Sdr Shamsul Rizal, Sdr Safarudin & Sdr Abd Haris
Antara objektif Kem Remaja Islam 2011 ini adalah;

1.     melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan ibadah harian khususnya solat dengan betul dan sempurna.
2.    memupuk rasa kehambaan diri kepada Allah melalui program kerohanian dan suntikan motivasi 
     untuk menjadi mukmin sejati
3.     melahirkan pelajar yang berdisiplin, menghormati dan menghargai jasa ibu bapa dan guru.
4.     memupuk sifat ketekunan di kalangan pelajar dan berdaya saing dalam mengejar kecemerlangan
    dalam pelajaran.

Program 3 hari dua malam ini telah bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 4.30 petang. Seramai 56 orang peserta dan AJK yang telah mendaftarkan diri dalam program kali ini. Sejurus kemudian para peserta kem telah telah diberi taklimat yang dikendalikan oleh pihak urusetia iaitu para AJK program yang terdiri dari kalangan penggerak PERPIS SMK Sung Siew Sandakan.

Pendaftaran peserta

Pendaftaran peserta

Taklimat peserta
 Secara keseluruhannya semua pengisian dan aktiviti dikendalikan oleh pihak PSS manakala pihak AJK PERPIS memainkan peranan dalam penyediaan tempat. mengendalikan kerja-kerja teknikal, pengurusan makanan dan minuman serta kawalan disiplin peeserta. Duru penasihat PERPIS dan juga guru-guru SMK Sung Siew juga menyumbangkan tenaga dari segi memantau setiap program yang dijalankan oleh para pelajar.

Antara pengisian program ini adalah;
1- Kuliah Dasar (Akidah, Ibadat & Sirah Rasulullah)
2- Forum (Akhlak)
3- Solat berjemaah, Qiamullail dan Zikir
4- Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
5- Explorace (Kembara Iman)

Solat berjemaah dan zikir
Jemaah muslimat


Kuliah Dasar - Perkara yg membatalkan syahadah disampaikan oleh
Ust Mujahidin, Guru Penasihat PERPIS SMK Sung Siew Sandakan

Kuliah Dasar - Pengorbanan Rasulullah SAW disampaikan oleh
Ust Mohd Yazit

LDK
LDK

Explorace



Explorace

Explorace

Explorace


Explorace

Explorace

Explorace

Explorace

Pada hari terakhir iaitu jam 11.30 pagi maka berlangsunglah Majlis Perasmian dan Penutupan Kem Remaja Islam 2011. Majlis ini telah diadakan di Mini Teater SMK Sung Siew Sandakan. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Adik Nurul Kamaliah Rusdin dan Adik Johara Nadiah Abdul Rahman. 
Alhamdulillah majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Ust Mandzar Hj Kasim, Ketua Panitia Pendidikan Islam mewakili pihak pengetua.

Bacaan Doa oleh Adik Mohd Saifuddin,
Naib Pengerusi PERPIS SMK Sung Siew

Nyanyian Lagu Tema - Mujahid Setia
Ucapan Pengerusi PSS, Sdr Shamsul Rizal Zulfathmi
Ucapan Guru Penasihat PERPIS, Ust Mujahidin M. Yasin
Ucapan perasmian oleh Ust Mandzar Hj Kasim,
Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Sung Siew
Penyampaian Sijil Penyertaan
Penyampaian Cenderahati kpd perasmi


Lagi gambar yang berkaian Kem Remaja Islam ini boleh diakses ke facebook Perpis SMK Sung Siew di http://www.facebook.com/profile.php?id=100001687749369&sk=photos


Akhirnya warga PERPIS SMK Sung Siew Sandakan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Sekalung penghargaan khususnya buat fasilitator dari PSS yang tidak jemu-jemu menabur bakti di SMK Sung Siew dalam usaha membantu PERPIS mengendalikan program dan gerak kerja dakwah Islam di sekolah missionary ini.


Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan komitmen kalian bagi menjayakan program ini.


Semoga program ini dapat mencapai objektif dan memberi manfaat yang besar kepada para pelajar Islam di samping dapat mengangkat imej dan syiar Islam di SMK Sung Siew Sandakan. InsyaAllah.
  

Tuesday, February 22, 2011

Bersugi atau Memberus Gigi Menurut Islam

Bersugi juga di sebut dengan perkataan bersiwak yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud pencedok dan alatnya. Manakala dari segi syarak pula bermaksud kayu yang digunakan seperti ranting atau sebagainya di dalam mulut dengan tujuan untuk membersihkan gigi.

Boleh menggunakan apa sahaja untuk bersugi dengan syarat alat tersebut hendaklah suci daripada najis dan bersifat kesat. Bersabda Rasulullah SAW mafhumnya :

"Bersiwak adalah membersihkan mulut dan mendapat keredaan daripada Allah". (Riwayat Abu Daud)

Hukum Bersugi

1. Sunat iaitu pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

2. Makruh bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.


Waktu Bersugi

Bermula bersugi itu disunatkan pada sekelian waktu. Tetapi yang lebih afdhalnya ialah di dalam lima waktu, diantaranya ialah :

1. Waktu hendak mengambil air wuduk.

2. Waktu hendak menuniakan solat.

3. Waktu bangun dari tidur.

4. Berubah bau mulut.

5. Hendak membaca Al-Quran.


Wallahu a’lam.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidul Rasul


Alhamdulillah segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam.. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.
Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW, Rasul akhir zaman, Penutup segala para Nabi dan Rasul.

Saban tahun kita menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Sebagai umatnya, bertanyalah siapa dan di manakah kedudukan Rasulullah di hati kita? Lidah boleh sahaja mengatakan, “Rasulullah junjungan kita.” Tetapi benarkah begitu? Benar atau tidak sebenarnya terzahir melalui tindak-tinduk dan perbuatan masing-masing.

Belajar daripada Rasulullah s.a.w
Rasulullah adalah contoh teladan terbaik, bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al Ahzab: 21)

“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)

Penggunaan partikel ‘ala’ dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan iaitu sesuatu yang terletak di puncak. Demikian kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al Sya’rawiy.

Teladan tersebut bukan hanya pada sisi dakwah sahaja, tetapi dalam segenap aspek kehidupan. Belajarlah mendalami dan menghayati sirah Rasulullah kerana di situ terletak seribu satu mutiara kehidupan yang tidak dapat dijumpai pada sirah sesiapa pun selain baginda. 

Hakikatnya, mengetahui sirah Rasulullah merupakan satu kemestian kepada umat ini kerana baginda adalah perantara dan pentafsir al Quran secara perkataan dan perbuatan, sehingga tidak mungkin kita dapat memahami Islam tanpa mengetahui sirah Rasulullah.

Kehidupan Rasulullah memaparkan kepada kita teladan terbaik sama ada sebagai pemuda Islam yang benar akhlaknya dan terpercaya dalam kalangan kaum serta kerabatnya, ataupun sebagai da’i kepada Allah dengan hikmah dan nasihat berkesan yang menggerahkan segala upaya untuk menyampaikan risalahNya. 

Juga sebagai pemimpin negara yang menjalankan segala urusan dengan amanah dan bijaksana, sebagai suami teladan dan ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang perkasa, sebagai negarawan yang ulung dan sebagai muslim secara keseluruhan (kaffah) yang dapat pula melaksanakan kewajiban beribadah kepada Allah dan bergaul dengan keluarga serta para sahabat dengan saksama.

Berbanggalah Dengan Sirah Rasulullah Yang Terpelihara
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s yang ada pada hari ini telah bercampur-aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang sebenar. 

Pertikaian yang sama juga ada pada sirah Isa a.s. Injil-injil yang diiktiraf secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian al-Masih. Tanpa sebarang perakuan ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. Justeru, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirah tersebut melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan Sunnah.

Jika keraguan ini timbul pada sirah rasul-rasul selaku tokoh agama yang tersebar luas di dunia, keraguan yang lebih besar berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya, Buddha dan Confucious. 

Kisah hidup mereka hanya berlegar dalam kalangan pengikut mereka sahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. Setiap generasi menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur lagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang sihat dan bebas daripada ketaksuban kepada kepercayaan itu. Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w.

Benarkah Cintaku Ini, Wahai Rasulullah?

Ada Syair Arab yang bermaksud:
Sekiranya cintamu itu benar nescaya engkau akan mentaatinya,
kerana orang yang mencintai tentu akan mentaati orang yang dicintainya. 

Bukti yang paling mudah dilihat apabila seseorang benar-benar mencintai kekasihnya adalah mengutamakan orang yang dicintai lebih daripada diri sendiri dan kehendak peribadi. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan cinta yang sebenar, tetapi hanyalah dakwaan semata-mata.

Sebenarnya, Rasulullah wajib dicintai setiap orang yang bergelar muslim berdasarkan dalil-dalil al Quran, as Sunnah mahupun akal. Pengorbanan baginda kepada umat tidak mungkin terbayar, namun meletakkan cinta kepada baginda selepas cinta kepada Allah sekurang-sekurangnya menunjukkan kita sebagai seorang yang mengenang budi.

Tetapi cinta sahaja tidak cukup. Umat tidak dapat tidak mesti taat segala suruhan dan meninggalkan larangan Rasulullah. Tidak ada pilihan selain itu. Pilihan selain itu hanya mengundang kesesatan di dunia dan azab di akhirat.

Natijah Cinta..
Cinta yang benar pastinya membuahkan natijah yang indah sebagaimana cinta itu sendiri. Saya ingin menyatakan sedikit daripada sekian banyaknya natijah tersebut, di sini.

Merasa Kemanisan Iman
“Tiga perkara ini akan menjadikan seseorang merasai kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah dan rasulNya melebihi cinta selainnya dan mencintai seseorang hanya kerana Allah dan perasaan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka” (Muttafaq alaih)

Memperoleh Kesempurnaan Iman
“Tidak dianggap sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan seluruh manusia.” (Muttafaq alaih)

Bersama Di Akhirat
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” 
Rasulullah menjawab, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” 
Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) ataupun bersedekah tetapi aku amat cinta kepada Allah dan rasulNya” 
Sabda Rasulullah, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Muhasabah
Cinta pada Rasulullah bukanlah terbukti dengan keluar berarak atau berprogram sempena maulid. Sambutan maulid nabi hanyalah jalan untuk mengingatkan pengorbanan dan seruan Rasulullah kepada umat khususnya kepada mereka yang lupa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sebenar baginda atau pendakwa semata-mata?

“Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (daripada ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.”
(an-Nisa’: 80)

Wallahu a’lam.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali ke Sekolah


Alhamdulillah... Cuti akhir tahun 2010 telah berakhir. Para pelajar sudah mula tidak sabar untuk kembali ke bangku psekolahan masing-masing. Pelbagai persiapan telah di atur oleh para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan juga pihak pentadbir sekolah bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2011.

Justeru... esok tibalah masanya bagi para pelajar untuk kembali memulakan sesi pembelajaran. Pasti mereka bermula dengan azam, tekad dan kesungguhan yang bagi menimba ilmu pengetahuan.

Jadikan hari esok sebagai titik mula dalam lembaran baru sesi pembelajaran 2011. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan ketekunan bagi mendambakan kejayaan yang cemerlang di kemudian hari.

Tingkatkan kualiti diri dan zahirkan keperibadian yang tinggi sebagai seorang pelajar. Mohon restu ibu bapa, hormatilah guru dan berlapang dada dengan karenah rakan sebaya serta patuhilah peraturan dan disiplin sekolah.

Anda berpotensi untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Selamat kembali ke sekolah.... !