Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Saturday, November 27, 2010

Ceramah Motivasi & Solat Hajat PMR & SPM

Pada ketika ini pelajar-pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara sedang menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di ketika inilah mereka diuji sejauh mana keupayaan mereka dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM ini. Dan pada masa inilah juga mereka berusaha sedaya upaya menterjemahkan pada kertas jawapan mereka segala apa yang telah dipelajari.

Beruntunglah mereka yang selama ini telah bekerja keras menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan sebaliknya terkial-kiallah mereka yang belajar sambil lewa. Apa-apa pun diharapkan mereka semua memperoleh kejayaan yang cemerlang sesuai dengan usaha mereka.

Sebagai seorang muslim, kita hendaklah meyakini bahawa hakikat sesuatu kejayaan adalah ketentuan Allah SWT berdasarkan kepada usaha dan ikhtiar seseorang. Dan pelengkap kepada usaha yang penuh dengan ketekunan adalah memohon kepada-Nya agar dipermudahkan dan diberi kejayaan yang cemerlang.

Justeru, pada 25 September yang lalu Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SM Sung Siew telah mengadakan program Ceramah Motivasi & Solat Hajat untuk PMR & SPM 2010.


PERPIS telah mengundang al-Fadhil Ust Kamaruddin Wahab bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada calon-calon PMR & SPM SM Sung Siew. Beliau juga yang telah mengimamkan solat hajat pada hari tersebut.

Antara pengisian program tersebut ialah
1- Ceramah Motivasi
2- Solat Hajat berjemaah
3. Pemberian alat tulis kepada calon PMR & SPM.









Turut hadir dalam program ini Ust Mujahidin Mat Yasin (Ketua Guru Penasihat PERPIS), Ust Mandzar Hj Kasim (Ketua Panitia P.Islam), Ustazah Zuraida Zainol dan Pn Norsah Bongsu (Guru Penasihat PERPIS).



Lagi gambar berkaitan program ini boleh didapati di face book Perpis SM Sung Siew http://www.facebook.com/album.php?aid=9098&id=100001687749369

  Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment