Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Friday, September 10, 2010

Program Khemah Ibadat 2010



PROGRAM KHEMAH IBADAT 2010

Islam bukanlah hanya sebagai satu agama semata-mata bahkan merupakan satu sistem kehidupan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Segala yang dilakukan akan menjadi ibadah dengan syarat ia menepati syariat dan dilakukan kerana Allah S.W.T.

Justeru pada 03 dan 04 Julai 2010 yang lalu, Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SM Sung Siew telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai Khemah Ibadat 2010.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu melaksanakan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah secara praktikal agar dapat diamalkan dalam kehidupan mereka seharian.

Antara pengisian program adalah seperto berikut;

1-       Teori dan Praktikal Sembelihan
Slot ini telah dikendalikan oleh Ust Mohd Zaim Bin Zainal Mukhtar iaitu penceramah jemputan dari SMK Sandakan 2. Para peserta memberi sepenuh perhatian semasa ceramah teori sembelihan dan melibatkan diri secara aktif semasa praktikal sembelihan.
Sebanyak 25 ekor ayam telah berjaya disembelih oleh poara peserta.

2-       Teori dan Praktikal Pengurusan Jenazah
Para pelajar telah didedahkan dengan kaedah pengurusan jenazah secara praktikal sebagaimana yang dilakukan ke atas mayat yang sebenar seperti memandikan, mengkafankan dan solat ke atas jenazah.
Ust Rosli Bin Abd latif dari Unit Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengendalikan slot ini.




3-       Klinik Pemantapan Imam dan Solat
Para peserta telah diberi penekanan yang intensif berkaitan solat fardhu dan cara yang betul sebagai persediaan untuk menjadi Imam solat. Slot ini dilaksanakan dalam bentuk LDK dan dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator Persatuan Siswazah Sabah (PSS).

Program PERPIS kali ini telah disertai oleh pelajar SM Sung Siew merangkumi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 iaitu seramai 80 orang.

Semoga program seumpama ini memberi manfaat yang besar kepada para pelajar SM Sung Siew.



No comments:

Post a Comment