Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Monday, May 30, 2011

Ceramah Motivasi & Persembahan Nasyid


Pada 27 April 2011 yang lalu Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SMK Sung Siew Sandakan telah mengadakan program khas bagi mengisi ruang dan masa sebagai pengisian bermanfaat untuk para pelajar Islam.


Untuk makluman setiap tahun pihak sekolah akan menagadakan sambutan Hari Easter bagi pelajar non muslim. Justeru PERPIS SMK Sung Siew telah memanfaatkan masa tersebut dengan mengadakan program alternatif khusus untuk guru dan pelajar Islam iaitu Ceramah Motivasi dan Persembahan Nasyid.

Pelajar berdiri mengalunkan Asmaul Husna

Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.15 pagi. Antara pengisiannya adalah seperti berikut;

1-   Alunan zikir Asmaul Husna
2-   Tazkirah
3-   Ceramah Motivasi dan
4-   Persembahan Nasyid.
Tazkirah oleh Ust Mujahidin

Tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ust Mujahidin Mat Yasi selaku Guru Penasihat PERPIS manakala ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ust Bunyamin Bakri, Presiden Persatuan Siswazah Sabah.
Ust Bunyamin Bakri menyampaikan ceramah motivasi


Alunan lagu-lagu nasyid telah dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid sekolah dan jemputan khas Kumpulan nasyid Ukhuwwah Fillah dari SM As-Salam.
Persembahan nasyid oleh kumpulan Nasyid SMSS

Kumpulan Nasyid Ukhuwwah Fillah



Program seumpama ini memberi manfaat yang besar kepada para pelajar di samping mereka dapat dihidangkan hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT serta meningkat jati diri dan keperibadian sebagai seorang muslim.
Penyampaian Cenderahati kepada Ust Bunyamin Bakri 


Terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan amal bakti dalam menjayakan program ini.
Jazakallahu khairal jaza’.
 Lagi gambar berkaitan boleh diakses di laman facebook PERPIS SMK Sung Siew di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.148341745232083.33340.100001687749369

Wallahu a’lam.  

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik khususnya guru-guru SMK Sung Siew Sandakan Sabah.

Sesungguhnya insan yang bernama 'Guru' ini amat besar jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Mereka mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam pembinaan sesebuah masyarakat yang bertamadun.
Mereka adalah golongan mulia di sisi Allah dan masyarakat.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain)".
-Hadis Riwayat Razain 

SELAMAT HARI GURU.