Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Thursday, September 23, 2010

Kem Kepimpinan Islam 2010

Pada 18 - 20 Mac yang lalu Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SMK Sung Siew telah mengadakan program kepimpinan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Sandakan.

Antara pengisian program ini ialah;
     1- Kuliah Dasar
         a) Aqidah - Syahadah dan Tuntutannya
         b) Ibadah - Solat Tiang Agama
         c) Akhlak - Adab2 Peragaulan & Hiburan dalam Islam.

     2- Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
     3- Kembara Iman
     4- Malam Muhasabah Diri.

Alhamdulillah... program yang dikendalikan oleh fasilitator2 dari PSS ini telah berjaya mencapai objektifnya di samping usaha yang berterusan pihak PERPIS dalam memberi pendedahan kepada pelajar program yang bercirikan amal Islami serta mendidik pelajar beramal dengan akhlak Islamiyah.

Program tiga hari dua malam ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum SMK Sung Siew iaitu Cik Loo Jew Ing.



Berikut antara gambar2 yang sempat dirakam sepanjang program ini...










Setinggi penghargaan kepada semua guru, fasilitator PSS, urusetia PERPIS, para pelajar dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jazakallhu khairal jaza'.

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment