Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Monday, September 13, 2010

Program Ceramah Motivasi

Pada 09 April 2010 yang lalu, Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) SMK Sung Siew telah mengadakan program Ceramah Motivasi untuk pelajar Islam.


Program ini diadakan adalah sebagai satu program alternatif kepada pelajar Islam yang mana pelajar bukan ketika itu mengadakan program Sambutan Hari Easter peringkat sekolah.

Sebagai menjaga prinsip dan akidah seorang Islam yang tidak boleh sama sekali menghadirkan diri dalam aktiviti berbentuk keagamaan agama lain, maka pelajar Islam telah disajikan dengan program khusus untuk mereka iaitu Ceramah Motivasi serta persembahan nasyid.

Secara tidak langsung ini menunjukkan kesungguhan PERPIS SMK Sung Siew berusaha merancang, merangka dan mengatur program bagi menjaga kesucian akidah pelajar Islam.




Ceramah yang berkisar tentang jati diri seorang muslim ini telah disampaikan oleh Ust Bunyamin Bakri dari SM (S) As-Salam.



Program ini juga diselitkan dengan acara deklamasi sajak yang disampaikan ole adik Johara nadiah (Naib Setiausaha PERPIS). Dan kemuncak program ini, para pelajar telah dihidangkan dengan persembahan beberapa buah lagu nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid dari SM As-Salam dan SMK Sung Siew.

No comments:

Post a Comment