Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina demi kebaikan bersama. Kami juga menggalakkan para pelajar memberi sumbangan bahan untuk diterbitkan seperti sajak, cerpen & artikel yang berunsur Islamik.

Segala cadangan, komen & sumbangan bahan boleh diemailkan ke perpis313@gmail.com.
Terima kasih... Jazakallahu khairal jaza'.

Friday, October 1, 2010

Program Sinar Ramadhan 2010

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan yang lalu iaitu pada masa rehat hari persekolahan (11 Ogos - 03 September 2010) Persatuan Pelajar Islam SM Sung Siew telah berjaya mengadakan program yang dikenali sebagai Sinar Ramadhan 2010.


En Ammudasir menyampaikan tazkirah Ramadhan

Program ini merupakan salah satu agenda PERPIS yang berusaha untuk meningkatkan pemahaman dan  penghayatan  di kalangan pelajar Islam berkaitan dengan bulan Ramadhan dan tuntutannya di samping mengisi masa rehat dengan aktiviti yang berfaedah.

Bacaan Doa oleh Mohd Nizam Azwan (2B) sebelum tazkirah yg
disampaikan oleh En Mohd Ridzwan Ali 

Antara pengisian program yang dimanfaatkan selama 20 minit setiap hari ini ialah;

1- Tazkirah (Isnin dan Rabu)
2. Kuiz Terbuka Individu ( Selasa)
3. Kuiz Berkumpulan (Khamis)
4. Alunan Ayat suci al-Quran & Zikir (Jumaat)
5. Penyampaian Sumbangan Aidilfitri untuk pelajar miskin & anak yatim ( pada Majlis Perasmian &
    Penutupan)


Untuk rekod, program Sinar Ramadhan ini merupakan program tahunan yang dirancang khusus untuk manfaat pelajar-pelajar Islam . Secara tidak langsung program seumpama telah meningkatkan syiar Islam di SM Sung Siew.


Seterusnya program ini juga telah menzahirkan kerjasama dan sumbangan bakti di kalangan guru-guru muslim dan AJK PERPIS. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat mereka semua.


Kuiz Terbuka Individu yg dikendalikan oleh Ustz Zuraida

Kuiz Berkumpulan

En Mohd Nazahan turut memberi tazkirah


En Lee Chin Hoi
Cik Loo Jew Ing
PERPIS juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir SM Sung Siew khususnya kepada Tuan Pengetua, En. Lee Chin Hoi dan PK Ko Kurikulum, Cik Loo Jew Ing kerana telah memberi kepercayaan dan ruang kepada PERPIS untuk melaksanakan aktiviti untuk manfaat pelajar Islam.

Semoga program ini akan tercatat dalam takwim aktiviti tahunan SM Sung Siew Sandakan.









No comments:

Post a Comment